Kerajaan digesa menarik balik kelulusan pembalakan secara tebang habis di dalam kawasan hutan simpanan kekal yang masih dibenarkan dalam dasar perhutanan negara di bawah seksyen 19, Akta Perhutanan Negara 1984.<br /><br />Menurut persatuan aktivis Sahabat Alam atau KUASA, dasar berkenaan masih membenarkan aktiviti pembalakan secara tebang habis bagi pengeluaran hasil daripada hutan simpan termasuk kayu balak, mineral, tanah dan galian.